Haneya: Mereka Pergi Ke Mekah Dengan Niat Baik


Rabu, 07/02/07 –Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneya menegaskan, tidak ada pilihan bagi pemerintah kecuali perlu sepakat jika pertemuan di Mekah nanti memang dimulakan dengan niat baik dan komitmen untuk merealisasikannya.

Pernyataan di atas dinyatakan Haneya ketika membuka sidang mingguan kerajaan Palestin kelmarin di Gaza (5/2). Beliau menyatakan, rangkaian peristiwa yang terjadi akhir-akhir ini sangat dikesalkan. Beliau menegaskan, pihaknya bertekad meningkatkan perdamaian di wilayah Palestin.

Sebelumnya, sudah diadakan pertemuan dengan pihak Fatah yang diwakili delegasinya serta dihadiri Menteri Dalam Negeri Palestin, Sayed Siyam. Dalam pertemuan itu disepakati untuk menghentikan pertikaian antara kedua-dua belah pihak dan
membebaskan semua tawanan dari keduanya.

Haneya menambah, Alhamdulillah kita saksikan beberapa hari lepas situasi di Gaza semakin baik. Kita berharap situasi ini akan terus bertambah baik. Beliau mengatakan, pihaknya bersama para menteri lain terus memantau situasi Palestin sehingga perdamaian dapat dicapai, jangan ada darah rakyat Palestin mengalir setitis pun. Ini kerana katanya, nyawa setiap rakyat Palestin sangat mahal.

Berkait pertemuan yang diadakan hari ini, Selasa 6/2) Haneya menyebutkan sejumlah pemimpin Palestin akan berangkat ke Mekah untuk memenuhi undangan raja Saudi. Memang diakui bahawa agenda perbincangan di meja perundingan terlalu banyak. Namun kami datang ke Mekah dengan niat baik, untuk meneruskan kesepakatan yang telah dicapai
dalam rangka mengakhiri krisis dan meningkatkan perdamaian persatuan dan kesatuan demi mewujudkan kerajaan campuran yang sebenarnya.

Saya berharap pertemuan di Mekah benar-benar membawa khabar gembira bagi rakyat Palestin, demi anak-anak, ibu-ibu, para tawanan, yang tercedera dan demi al-Quds tercinta yang sekarang semakin terancam, menurut Haneya.