Categories
Berita Semasa

Seorang pemuda Palestin cedera dalam pertempuran di al – Khalil

Selasa , 06-01-2015 – Seorang pemuda Palestin telah ditembak dan cedera di tangan pengawal keselamatan penjajah Israel , di kawasan gunung Joher di bahagian selatan al – Khalil , pada hari Ahad .

Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC bahawa Haitham Hijazi Rejabi ditembak di kaki dalam pertempuran yang berlaku antara tentera Israel dan tentera pengawal keselamatan penempatan yang berada di satu pihak manakala golongan muda Palestin di pihak yang lain .

Penguasa dan pengawal telah menggunakan peluru hidup dan gas pemedih mata manakala rakyat Palestin tidak bersenjatakan apa-apa berhadapan mereka hanya dengan membaling batu ,menurut sumber lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada