
Selasa , 06-01-2015 – Seramai 112 orang wanita Palestin telah ditahan oleh tentera Israel dalam tahun 2014, lapor pihak berkuasa pada hari Sabtu.
Unit Bancian di Jabatan Hal Ehwal Tahanan Palestin berkata seramai 112 orang wanita dan kanak-kanak perempuan telah ditahan oleh tentera Israel di dalam tahun 2014, peningkatan sebanyak 70 peratus berbanding tahun 2013. Para ibu, suri-suri rumah, kanak-kanak, pelajar-pelajar universiti, jemaah masjid Al Aqsa dan dua tahanan perempuan yang di lepaskan pada tahun 2011 melalui pertukaran tahanan Wafa al-Ahrar adalah antara yang ditahan menurut laporan tersebut.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan