Categories
Berita Semasa

Seorang warga Yahudi meracun 16 ekor biri-biri di Nablus

Isnin, 12-01-2015 – Seorang warga Yahudi yang meletakkan racun di dalam bekas air yang diminum oleh 16 ekor biri-biri di timur kampung Aqraba, Selatan Nablus.

Yusuf Deriyeh, dari Majlis perbandaran Aqraba, memberitahu wartawan bahawa bahan kimia yang biasanya digunakan sebagai racun serangga, telah dimasukkan ke dalam bekas air di kawasan bertentangan dengan tanah pertanian disitu. Enam belas daripada dua ratus ekor biri-biri telah mati selepas meminum air yang beracun tersebut dan jumlah itu dijangka meningkat, menurut Deriyeh.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul