
Selasa , 06-01-2015 – Dua kanak-kanak Palestin maut selepas kebakaran memusnahkan rumah mereka dalam kepungan Gaza pada petang sabtu.
Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf al-Qudra berkata bahawa kanak-kanak berusia 5 tahun, Amr Mohamed al-Habil dan sepupunya, Khaled, 4 maut dalam kebakaran besar yang secara tiba-tiba tercetus di rumah al-Habil di Kem Pelarian Shati. Mohamed Khaled al-Habil, 22 turut cedera parah dalam insiden yang sama.
Jurucakap Pertahanan Awam, Mohamed al-Maydana berkata bahawa kebakaran itu disebabkan oleh lilin yang dinyalakan di dalam rumah. Krisis tenaga menggoncang semenanjung Gaza yang menjadi mangsa perang, dengan kedinginan musim sejuk menjadikan penduduk Gaza diuji dengan teruk. Disebabkan oleh kepungan (tembok) dan sumber bahan api yang terhad kepada sau-satunya stesen janakuasa di Gaza, kediaman hanya diberikan bekalan elektrik selama 4 jam sehari.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz
One reply on “Dua Kanak-Kanak Palestin Maut dalam Kebakaran dalam Kepungan Gaza.”
hello!,I like your writing so so much! proportion we keep in touch more approximately your post on AOL?
I need an expert in this house to solve my problem.
May be that is you! Looking ahead to see you.
my blog: dating