
Rabu, 08-04-2015 – Kementerian Kesihatan Palestin mendedahkan 561 kanak-kanak Palestin telah dibunuh dan ribuan lagi cedera ketika serangan Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat serta Baitulmuqaddis hanya dalam masa setahun.
Kementerian mengesahkan dalam kenyataan pada Ahad bersempena Hari Kanak-Kanak Palestin bahawa serangan Israel terbaru di Gaza pada musim panas 2014 telah menyebabkan kematian 550 orang kanak-kanak Palestin di samping kecederaan ribuan yang lain dengan kecacatan kekal dan pemotongan anggota badan.
Kementerian mendedahkan yang ia merakamkan tindakan Israel yang menyebabkan kematian 11 kanak-kanak Palestin di Tebing Barat di samping penahanan 800 orang lain oleh rejim Israel pada tahun 2014. Kementerian Kesihatan Palestin menyeru organisasi hak asasi dan organisasi lainnya terutamanya yang berkaitan dengan kebajikan kanak-kanak agar mengambil tindakan undang-undang ke atas rejim Israel kerana melakukan jenayah ke atas kanak-kanak Palestin.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati