
Rabu, 08-04-2015 – Anggota Biro Politik Gerakan Pejuang Islam Hamas, Ziyad Dzadza mengatakan bahawa semua yang berkaitan dengan gencatan senjata dengan penjajah Zionis hanyalah pembicaraan. ?Kami tidak akan bertemu dengan penjajah Zionis kecuali melalui senjata,? tegasnya.
Ziyad menyatakan bahawa apa yang disampaikan Presiden Otoriti Palestin Mahmud Abbas tentang keinginan Hamas mendirikan negara di Sinai atau memiliki sempadan sementara adalah pernyataan bohong. Beliau menilai pernyataan itu adalah satu bentuk ?kejatuhan psikologis?.
Dalam isu lain, Ziyad menegaskan bahawa Hamas telah menyetujui prinsip-prinsip umum dan tujuan utama Piagam Swiss. Namun Hamas menentang sejumlah langkah yang tekandung di dalamnya. Hal tersebut yang difahami bersama dengan delegasi Swiss ketika membincangkan masalah tersebut.
sumber : COMES
penterjemah : Osman