Israel Kembali Menyerang, 3 Pejuang Palestin Syahid di Jenin.


Khamis, 01/03/07 –
Israel kembali menyerang pejuang Palestin pagi ini, Rabu (28/02). Tiga orang terkorban dari kumpulan pejuang Brigade Al-Quds, kumpulan bersenjata Jihad Islami di kota Jenin.


Beberapa sumber tempatan Palestin menyebutkan, tentera Israel menyerang tiga orang mujahid yang dikenali sebagai Asyraf As-Sa’ di salah seorang pimpinan Brigade Al-Quds di Jenin, Bilal Abu Naisah dan Ala’ Buraiqah yang sedang menaiki sebuah kereta.

Sumber tersebut menambah, ketiga-tiga mangsa keluar dari kem pelarian Jenin menuju ke bandar. Tiba-tiba mereka dikejutkan oleh serangan pasukan khas Israel di jalan Al-Audah. Tentera Israel terus menembak bertubi-tubi sehingga mereka syahid di
tempat kejadian. Mangsa kemudiannya di bawa ke hospital Jenin.

Setelah peristiwa serangan tersebut,dua helikopter Israel menderu di ruang udara kawasan terbabit untuk mengamankan pasukan Israel yang sudah berjaya membunuh tiga anggota Jihad Islami itu.

Menyusul peristiwa itu, pemimpin Brigade Syuhada Al-Aqsa berjanji akan membalas tindakan kejam Israel tersebut dan aksi Israel tidak akan mampu menghentikan perjuangan Palestin.