
Khamis, 01/03/07 –
Rejim Zionis telah menculik Menteri Palestin , Hatem Qafisha pada tengah mlm Selasa (27/02/07) yang lalu di kediaman beliau, selatan bandar Al-Khalil yang membawa kepada jumlah tangkapan terhadap penggubal undang2 Palestin berjumlah 42 orang.
Sanak saudara Qafisha memberitahu sejumlah besar angkatan rejim Zionis telah mengepung rumah dan seterusnya menculik beliau yang merupakan ahli Hamas tanpa sebarang alasan.
Rejim sebelum ini telah membebaskan Qafisha pada 15/12/06 selepas 2 tahun di dalam tahanan tanpa bicara.Beliau yang ketika itu mengidap kencing manis telah dibebaskan. Semasa pilihanraya yang lalu, beliau pernah ditangkap beberapa kali dan telah merengkok dalam penjara selama beberapa bulan. Sekitar tahun 1991, beliau telah dihalau ke selatan Lubnan.