
Khamis, 01/03/07 –
Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya pada hari Selasa lepas telah memanggil puak Hamas dan Fatah bagi mengemukakan nama-nama calon mereka untuk pembentukan kerajaan perpaduan Palestin akan datang yang kini beliau sedang laksanakan, dan Jumaat ini merupakan tarikh akhir penyediaan nama tersebut.
Jemputan perdana menteri dibuat semasa satu mesyuarat bersama perwakilan daripada dua pihak Palestin di pejabatnya di bandar Gaza dalam rangka usahanya untuk membentuk kerajaan perpaduan Palestin yang pertama.
Menurut sumber, Haneyya memberi taklimat kepada wakil kedua dua pihak mengenai perkembangan terbaru penduduk Palestin serta pendirian Arab dan masyarakat antarabangsa ke arah kerajaan perpaduan tersebut.
Sumber tersebut menambah, mesyuarat sebulat suara memutuskan adalah lebih baik sekiranya semua pihak diterangkan betapa pentingnya perpaduan negara Palestin ditingkatkan demi untuk mencapai kestabilan politik bagi penduduk Palestin .
Dalam satu temubual yang dibuat bersama Saudi akhbar Okath, Haneyya menyatakan bahawa beliau berharap yang beliau mampu membentuk kerajaan di dalam beberapa hari akan datang sebelum tarikh akhir yang ditetapkan oleh perlembagaan Palestin tamat. Dia juga mengunjungi Jawatankuasa Kuartet untuk menukar polisi yang tidak menguntungkan ke arah mewujudkan kerajaan Palestin yang telahpun dipilih, dan untuk menghormati pendirian politik penduduk Palestin.
“Kita berharap Jawatankuasa Kuartet akan mengubah polisi yang tidak menguntungkan semasa berurusan dengan kerajaan Palestin yang dilantik secara demokrasi dan untuk menamatkan sekatan ekonomi dan politik selama setahun yang tidak adil yang dikenakan oleh masyarakat antarabangsa terhadap penduduk Palestinâ€, kata Haneyya. Dia juga menyatakan harapan pada sidang kemuncak Arab di Riyadh, ibu kota Arab Saudi bulan depan supaya dapat menyediakan perlindungan politik seperti dalam Deklarasi Makkah tajaan Arab Saudi, seterusnya menyumbang dalam menyedarkan dunia tentang aspirasi nasional penduduk Palestin.