Categories
Berita Semasa

Kempen memerangi pelampau di Gaza

Selasa, 14-04-2015 – Kementerian Hal Ehwal Agama Palestin memberitahu, pejabatnya yang terletak di Semenanjung Gaza telah melancarkan kempen untuk memerangi pelampau dan ideologi kumpulan militan melalui masjid dan khutbah Jumaat.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama di Gaza, Hasan al-Saifi memaklumkan kepada agensi berita Anadolu bahawa pendakwah masjid telah diarahkan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan mengikuti nilai-nilai Islam yang betul dan menahan diri daripada menyokong pendapat pelampau.

“Khutbah mereka akan menjadi sebahagian daripada pelan yang dibangunkan oleh kementerian dengan kerjasama ulama dan imam-imam untuk melawan pemikiran sesat dan melampau,” menurut Saifi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : Annasuhana Sulaiman