Categories
Berita Semasa

Bahagian Keselamatan PA menculik bekas tahanan Tareq Arziqat

Selasa, 14-04-2015 – Bahagian keselamatan pencegahan pihak berkuasa Palestin (PA) menculik Tareq Arziqat, bekas tahanan di penjara Israel pada hari Ahad, dari kediamannya di bandar Taffuh, barat bandar al-Khalil.

Pihak keselamatan pencegahan menyerbu rumah Arziqat pada waktu petang dan membawa beliau ke ibu pejabat di bandar al-Khalil, demikian menurut keluarganya.

Pihak keselamatan pencegahan dan perisikan PA telah menahan Arziqat dan saudaranya beberapa kali sebelum ini atas dasar hubungan mereka dengan Hamas. Bapa mereka, Abdul-Karim Arziqat, pegawai kanan Hamas meninggal 2 tahun lepas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati