Categories
Berita Semasa

Lawatan Arab ke Baitulmuqaddis: Satu peningkatan kepada ekonomi Israel

Selasa, 14-04-2015 – Lawatan orang Arab dan Muslim ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis terjajah menjadi satu kontroversi. Sesetengah pihak memberi sokongan terhadap lawatan ini kerana mereka melihat perkara tersebut sebagai satu mandat Islam yang akan mengukuhkan ketahanan penduduk di Baitulmuqaddis sementara segelintir lagi melihat perkara ini sebagai normalisasi terhadap Israel serta melambangkan pengiktirafan terhadap penjajahan Israel dan tanda sokongan terhadap ekonominya.

Penulis dan penganalisa politik Palestin, Rasim Obaidat dari Baitulmuqaddis mempertikaikan bahawa penjajahan Israel menjadi benefisiari utama atas lawatan orang Arab dan Muslim ke Baitulmuqaddis. Beliau percaya, Israel, memiliki kemudahan dan hotel-hotel yang digunakan oleh pelawat-pelawat tersebut, manakala orang Palestin hanya memiliki sebahagian kecil kedai-kedai dan kemudahan yang tidak mampu bersaing dengan Israel.

Bantuan kepada Israel

Obaidat menyatakan pihak berkuasa penjajahan Israel mempunyai kuasa untuk menentukan siapa yang boleh melawat Baitulmuqaddis. Mereka menggunakan alasan keselamatan untuk meghalang sebilangan pelawat daripada melawat Baitulmuqaddis. Tambah beliau lagi, semua lawatan tersebut dilakukan di bawah penyeliaan pihak berkuasa Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira