Categories
Berita Semasa

Sheikh Sabri memberi amaran bahawa sekolah sejarah akan dijadikan kuil Yahudi

Jumaat, 17-04-2015 – Sheikh Ekrema Sabri, Ketua Jawatankuasa Agung Islam memberi amaran tentang keputusan kumpulan pelampau Yahudi untuk menukar sekolah sejarah Tankaziya di Baitul Muqaddis kepada kuil Yahudi.

Sheikh Dr. Sabri mendedahkan dalam kenyataan akhbar pada Selasa bahawa sekolah Tankaziya ialah sekolah yang berstrukturkan Waqaf Islam dan Mamluk yang terletak berdekatan Masjid al-Aqsa. Ia dimiliki Putera Tankaz al-Naseri yang meninggal pada 1340 dan memerintah ketika era Mamluk.

Putera al-Naseri membina sekolah itu pada 1328AD sebagai tempat pendidikan dan perlindungan anak yatim yang terdiri daripada dua tingkat. Dr. Sabri memaklumkan bahawa pada awal tahun 30an pada abad lepas, tingkat atasnya merupakan pejabat Mufti Baitulmuqaddis Haj Amin al-Husseini. Kemudian, ia diambilalih oleh mahkamah Shariah sebagai salah satu jabatannya sebelum ia digunakan sebagai Sekolah Menengah Islam Al-Aqsa dari tahun 50an hingga tahun 1969.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

One reply on “Sheikh Sabri memberi amaran bahawa sekolah sejarah akan dijadikan kuil Yahudi”

Comments are closed.