Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis mengganas lagi merobohkan bangunan milik rakyat Palestin.

Jumaat, 17-04-2015 – Pagi Selasa lalu, jentolak perbandaran Israel mula merobohkan sebuah bangunan empat tingkat yang sedang dalam pembinaan di kejiranan Wadi Joz, timur Yerusalem atas alasan pembinaannya tidak mempunyai lesen.

Saksi kepada Maklumat Pusat Palestin (PIC) memberitahu, polis Israel seawal jam lima pagi bertindak menutup semua jalan menuju ke bangunan berkenaan berikutan jentolak telah mula merobohkannya.

Tambahnya, polis turut melarang wartawan dan penduduk daripada sampai ke kawasan terbabit. Sudah sering kali pihak berkuasa pendudukan Israel memusnahkan rumah-rumah Palestin dan harta di Yerusalem kerana tiada lesen pembinaan, dan pada masa sama turut mengenakan banyak sekatan ke atas rakyat Palestin yang ingin mendapatkan permit berkenaan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : Annasuhana Sulaiman