
Jumaat, 02/03/07 –Pemangku Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya telah mengecam pencerobohan rejim Zionis terhadap penduduk Palestin dalam percubaan beliau untuk menggagalkan usaha tentera tersebut serta memecahkan kepungan yang dikenakan terhadap mereka.
Haneyya memberitahu pemberita pada Rabu lepas bahawa “peningkatan Zionis” dan pengulangan serangan mendadak terhadap Nablus serta pembunuhan kader penentang adalah hasil daripada penolakan negara berbahasa Ibrani itu terhadap perjanjian Makkah yang telah disokong oleh kesatuan penduduk negara Palestin .
Pemangku Perdana Menteri berkata rejim Zionis sepatutnya segera meninggalkan Nablus dan bandar-bandar lain dan kampung-kampung di Palestin dan menyeru organisasi antarabangsa supaya mengambil berat dan memikul tanggungjawab dalam mengawal pencerobohan Israel serta peningkatan serangan yang berterusan dengan rakyat Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.Sejumlah besar rejim Zionis masuk semula di Nablus pada waktu subuh hari Rabu (28/2/07) dan melancarkan kempen pencarian secara intensif di Old City.