Haniyah dan Abbas Bertemu Sabtu, Bincang Pembentukan Kerajaan.


Jumaat, 02/03/07 –
Jurucakap kerajaan Palestin, Ghazi Hamas menegaskan, pertemuan antara Pemangku PM Palestin, Ismail Haniyah dan Presiden Mahmud Abbas akan dilangsungkan di Semenanjung Gaza, Sabtu (03/03) terdekat. Kedua-duanya akan membincangkan pembentukan kerajaan perpaduan nasional sesuai dengan deklarasi Mekah (08/02).


Perkara tersebut disampaikan Ghazi dalam sidang akhbar, Rabu (28/02). Ghazi menambah Haniyah telah mengakhiri perbincangan dengan beberapa kumpulan Palestin. Pada Selasa (27/02), Haniyah telah melakukan pertemuan dengan utusan dari gerakan Hamas dan Fatah untuk menyampaikan hasil musyawarah yang lakukan dan pertemuan antarabangsa yang dilakukan oleh Presiden Abbas dan Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Misy’al.

Menurut Ghazi lagi, kata sepakat telah dicapai agar kedua-dua gerakan mengajukan nama-nama calon yang akan menduduki jawatan di kabinet kerajaan baru dalam pertemuan dengan utusan gerakan Hamas dan Fatah tersebut selewat-lewatnya Jumaat (02/03) iaitu sehari sebelum pertemuan antara Presiden Abbas dan PM Haniyah.

Jurucakap kerajaan Palestin ini juga menyatakan bahawa dalam pertemuan dengan utusan
kedua-dua gerakan tersebut telah disepakati agar segera dilakukan pembentukan kerajaan perpaduan nasional. Beliau menyatakan harapannya agar cahaya yang ditunggu-tunggu akan menyinar di minggu hadapan.