Categories
Berita Semasa

450 pokok zaitun dicabut oleh kumpulan peneroka Israel di Salfit

Rabu, 06-05-2015 – Sekumpulan peneroka Israel mencabut 450 pokok zaitun dan benih yang ditanam di lot-lot tanah Palestin di bandar Deir Estia, kawasan utara tadbir Salfit.

Petani tempatan berkata mereka terkejut kerana mereka ternampak pokok zaitun mereka dan benih dicabut pada saat mereka sampai kawasan tanah yang diusahakan mereka berhampiran dengan penempatan haram Israel di Amoniel.

Sementara itu, penyelidik Khaled Ma’ali berkata penempatan Amoniel itu dibina dengan mengorbankan tanah asli Palestin di Deir Estia yang telah dirampas oleh pendudukan Israel sebagai zon perindustrian. Beliau juga memberi amaran niat Israel untuk memegang kawasan Wadi Qana yang subur, walaupun sudah diisytiharkan sebagai rizab alam semulajadi oleh pihak berkuasa pendudukan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syam