Categories
Berita Semasa

Bahar: Para pejuang Palestin terdiri daripada 100,000 orang untuk menghalau rejim Israel

Selasa, 12-05-2015 – Pejuang Palestin terdiri daripada 100,000 orang pejuang bersenjata untuk membebaskan wilayah Palestin yang dijajah, kata Timbalan Jurucakap Jawatankuasa Perundangan Palestin (PLC), Dr. Ahmed Bahar, pada petang Selasa.

Berucap kepada hadirin ketika perayaan yang dianjurkan Bahagian Pelarian Hamas untuk menandakan ulangtahun Nakba, Bahar berkata yang para pejuang Palestin tidak akan berhenti sehingga setiap tentera rejim dihalau dari setiap inci Palestin. Beliau menyeru semua bahagian pejuang Palestin di Tebing Barat dan Gaza agar terus berjuang bagi Baitulmuqaddis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati