Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel benarkan rabbi fanatik Israel serbu al-Aqsa


Selasa, 12-05-2015 –
Selasa lalu, mahkamah Israel di Yerusalem yang diduduki mengeluarkan keputusan membenarkan rabbi fanatik Israel Yehuda Glick untuk kembali menyerbu Masjid Aqsa.

Sumber Hebrew mendedahkan bahawa mahkamah membenarkan rabbi Glick menyerbu tempat suci itu dengan syarat ia mengerjakannya hanya sebulan sekali dan tanpa membawa kamera atau alat-alat elektronik. Polis Israel akan memaklumkan kepadanya 24 jam sebelum tarikh tersebut. Pelampau Glick telah dicederakan oleh syahid Mutaza Hijazi ketika dia menyerbu berulang kali untuk memasuki Masjid Aqsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : Annasuhana Sulaiman