
Isnin, 19/03/07 –Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya mengumumkan kabinet barunya mengadakan sesi
pertamanya pada Ahad lepas dengan kehadiran Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan beliau membenarkan bahawa kerajaan perpaduan tidak perlu memberi perhatian terhadap pendirian Israel mengenai kerajaan tersebut.
Haneyya turut menjelaskan langkah pertama adalah melicinkan urusan kementerian iaitu antara bekas menteri dengan menteri baru bagi membuka jalan
pada kerajaan untuk meneruskan tugas-tugasnya.Dalam reaksi penolakan Israel terhadap kerajaan perpaduan, Haneyya menyatakan, “Kita tidak akan membenarkan Israel yang bersiap sedia untuk mengekang misi permulaan kerajaannya.
Kita gembira dengan sokongan penuh rakyat Palestin dan Arab, dan sebab itulah ia sangat penting pada kamiâ€, kata Haniyya . Dalam hal ini, Perdana Menteri berterima kasih kepada kerajaan Norway atas pendirian yang diambil terhadap kerajaannya. Norway mengisytiharkan pengiktirafan penuh kepada kerajaan perpaduan Palestin dan mengumumkan
pemulihan hubungan politik dan ekonomi dengan rakyat Palestin.Beliau juga menyatakan beberapa negara EU juga dijangkakan mengambil pendirian yang sama dengan Norway tidak lama lagi, dan beliau menyatakan harapan bahawa tembok pengepungan ekonomi yang tidak adil terhadap penduduk Palestin akan menjadi retak akhirnya.
“Kerajaan saya sangat bangga dengan keyakinan yang diberikan oleh ahli-ahli PLC termasuk penggubal
undang-undang yang diculik, [Speaker PLC] Dr. Aziz Dwaik, dan dengan demikian itu kami bersumpah akan melakukan yang terbaik dalam menjamin pembebasan segera ahli majlis undangan yang diculik itu dan selebihnya terhadap tawanan-tawanan
penduduk Palestinâ€, Haneyya berkata.Sebagai tambahan, Haneyya menyebut, “Kita memohon bantuan Allah Yang Maha Kuasa untuk membolehkan kita melindungi projek nasional Palestin dan penyebab kebangkitan rakyat Palestin, termasuk isu pelarian dan pendudukan Baitulmuqaddisâ€.Badan perundangan Palestin telah bersidang pada Sabtu lepas dan mengundi bagi menyokong kerajaan perpaduan Palestin seterusnya mengumumkan penubuhkan Kerajaan Palestin ke-11 yang merupakan kerajaan perpaduan Palestin yang pertama dalam sejarah politik Palestin.