Dr. Ghazi : Penculik Wartawan BBC Akan Dicari


Jumaat, 16/03/07 –
Jurucakap Kerajaan Sementara Palestin, Dr. Ghazi Hamad telah mengesahkan bahawa Bahagian Keselamatan PA sedang mencari wartawan BBC, Alan Johnston yang diculik serta mengenal pasti pihak yang melarikannya.

Berdasarkan data keselamatan yang diperolehi, Hamad mengesahkan bahawa penculikan tersebut bukan bermotif politik manakala penculik itu hanya bertujuan untuk mendapat keuntungan peribadi semata-mata.“Untuk kekesalan kita, ini adalah satu jenayah yang amat serius dan melulu sedangkan dalam masa yang sama penduduk Palestin sedang mengekalkan imej positif di mata dunia”, tegas Hamad dalam satu kenyataan akhbar yang beliau buat Rabu ini.

“Kita merasa kesal kerana ini adalah satu jenayah yang amat serius dan melulu sedangkan dalam masa yang sama penduduk Palestin sedang mengekalkan imej positif di mata dunia”, tegas Hamad dalam satu kenyataan akhbar yang beliau buat Rabu ini.

Beliau juga mendedahkan penemuan petanda yang mengaitkan kejadian itu dan kerajaan sedang berhubung dengan semua pihak yang mengambil berat tentang masalah ini untuk menjamin keselamatan Johnston yang dijangka bebas tidak lama lagi.Sumber lain pula mengesahkan bahawa penculik Johnston mendesak supaya membayar 5,000 Dolar sebagai wang tebusan untuk membebaskannya.Johnston diculik beberapa hari lalu oleh satu kumpulan bersenjata yang memintas keretanya ketika kembali ke pejabatnya di Gaza .

Kumpulan-kumpulan sivik Palestin mengutuk penculikan tersebut dan menyeru kerajaan supaya mengambil tindakan keras terhadap para penjenayah itu.Pada masa lalu, beberapa kejadian penculikan sering berlaku terhadap warga asing kebanyakannya wartawan-wartawan dan pekerja-pekerja bantuan tetapi ramai daripada mereka telah dijumpai dan ini memberi motivasi dari segi politik.