
Rabu, 21/03/07 –
Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneya bertemu dengan wakil Menteri Luar Norway, Raymond Johansson di Gaza,Isnin (19/3). Johansson adalah diplomat Eropah
pertama yang berkunjung ke Palestin pascapelantikan pemerintahan perpaduan nasional Palestin.
Raymond berkunjung ke Palestin dalam usahanya membebaskan negara tersebut dari embargo antarabangsa yang sudah berlangsung lebih satu tahun.Kunjungan ini dilakukan setelah kerajaan Norway menyambut baik perlantikan pemerintahan baru Palestin. Norway berjanji akan bekerjasama dengan pemerintahan Palestin dan ikut serta membantu rakyatnya dalam menghadapi embargo antarabangsa.
Sebelumnya menteri luar Palestin yang baru, Ziyad Abu Amer bercakap melalui telefon dengan menteri luar Norway yang mengundang rakan sejawatnya, Abu Amer untuk berkunjung ke Norway, sebagaimana mereka telah mengunjungi Palestin.
Sementara itu, jurucakap kerajaan Palestin, Dr. Ghazi Hamd mengatakan, pertemuan ini membawa erti yang sangat penting sebagai pertemuan pertama yang dilakukan oleh negara Eropah berkaitan dengan embargo Palestin.
Di pihak lain, menteri luar Itali D?Alema, Isnin lepas(19/3) menghubungi Ismael Haneya melalui telefon untuk mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri yang baru dalam kerajaan perpaduan nasional Palestin. Beliau
menyebutkan, Rom mendukung pemerintahan ini. Itali adalah salah satu negara Eropah yang percaya dan menyokong hak-hak rakyat Palestin.
D?Alema melanjutkan, negaranya bersedia bekerjasama dengan Palestin dan akan berusaha meyakinkan negara-negara lain agar bekerjasama dengan kerajaan perpaduan nasional yang baru dibentuk.
Dalam pada itu, Haneya juga menyampaikan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Itali serta ucapan terima kasih atas kesediaan negara tersebut membantu rakyat Palestin. Di sisi lain Haneya menyampaikan hasrat Palestin untuk mempererat
hubungan dengan Itali.
Perlu diketahui, pemerintah Norway, dua hari sebelumnya (17/3) telah menyatakan pengiktirafan terhadap kerajaan perpaduan nasional Palestin serta menyatakan kesediaan untuk menjalin hubungan diplomatik dan ekonomi dengan Palestin.
Menteri luar Norway, Jonas Gahr Store menyatakan, koalisi antara Hamas dan Fatah merupakan yang pertama kali dalam sejarah. Beliau mengatakan, kerjasama ini merupakan alternatif dari berterusan pertempuran sesama sendiri di Gaza dan Tebing
Barat.
Dalam pada itu, Store menyeru Israel agar menyerahkan dana cukai yang dipungut dari
warga Palestin kepada pemerintahan Palestin yang mencapai USD800 juta. Berikan kebebasan kepada warga Palestin bergerak kemana sahaja mereka suka.
Pemerintahan Palestin baru ini adalah pemerintahan perpaduan nasional yang pertama kali dalam sejarah politik Palestin. Pemerintahan yang dipimpin oleh Hamas ini telah mendapat kepercayaan dari parlimen Palestin dengan suara majoriti.
Beliau menyebutkan, embargo politik dan ekonomi dikenakan kepada rakyat Palestin setelah mereka memilih Hamas secara yang demokratik sebagai pemimpin negara.Namun beberapa negara seperti Israel dan Amerika berusaha untuk menjatuhkan pemerintahan ini dengan segala cara dan upaya.