Ezzet Al Resheq : Tuduhan Israel Tidak Berasas.


Rabu, 21/03/07 –
Ezzet Al Resheq (gambar), ahli biro politik Hamas , pada hari Selasa (20/03/07) menyangkal laporan-laporan media terdapat perbezaan-perbezaan wujud di dalam kepimpinan pergerakan tersebut . “Kita dalam Hamas mengambil keputusan-keputusan kita bersama mewakili semua anggota Hamas di Palestin , di luar (Palestin) dan dalam penjara Israel,” dia menggariskan.

Resheq memberitahu tuduhan-tuduhan terdapatnya perbezaan di dalam kepimpinan pergerakan berulang kali dilontarkan setiap kali pergerakan tersebut memulakan satu langkah penyusunan semula organisasi. Dia berkata pergerakan adalah kebal dari sebarang tuduhan tidak berasas kerana anggotanya mempunyai matlamat yang murni dan tidak mengharapkan habuan keduniaan.

Pemimpin Hamas berkata kempen media Israel terhadap pergerakannya adalah biasa dan tidak akan melemahkan Hamas sehingga mencapai matlamat-matlamat penduduk Palestin mengalahkan rejim Zionis, penubuhan negara merdeka dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu negeri dan membawa kembali pelarian-pelarian Palestin balik ke tanah air mereka.

Dia mengakui wujudnya perbezaan pendapat di dalam pergerakan, yang dia digambarkan sebagai “perbezaan yang sihat”. Dia mengesahkan resolusi-resolusi itu lulus dengan majoriti undi di dalam pelbagai institusi pergerakan kemudian dipatuhi oleh semua anggota.