
Khamis, 22/03/07 –
Fawzi Barhoum, jurucakap pergerakan Hamas di Gaza, pada hari Rabu (21/03/07)mengecam keputusan pemerintah Israel untuk memboikot apa-apa mesyuarat pembesar Eropah dengan setiap menteri atau wakil Hamas.Barhoum, dalam satu siaran akhbar, berkata Israel masih berusaha untuk mengenakan hegemoninya terhadap penduduk Palestin dan kerajaan perpaduan.Dia menggambarkan ia merupakan satu “kegagalan” dasar Israel kepada negara-negara Eropah yang rata-ratanya memberi reaksi positif tentang kerajaan perpaduan Palestin.
Israel kini merasa pengasingan politika selepas Hamas dan kerajaan perpaduan memenangi sokongan dunia yang Arab dan negara-negara Eropah, Barhoum menggariskan.Dia menyatakan bahawa 27 negara Eropah telah menyatakan pendirian positif tentang kerajaan perpaduan . Jurucakap Hamas berkata pada sidang kemuncak Arab di Saudi Arabia sebagai satu peluang terbaik untuk memasarkan kerajaan perpaduan dalam arena antarabangsa.
Dia, sementara itu, menekankan bahawa pergerakannya adalah masih tidak bersetuju dengan perlantikan Mohamada Dahlan sebagai penasihat keselamatan negara oleh Mahmoud Abbas .