Tambah Bantuan, UNRWA Puji Pemerintah Perpaduan Nasioanal


Khamis, 22/03/07 –

Diplomat Umum Badan Bantuan PBB untuk Pelarian Palestin UNRWA (United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East), Karin Abu Zeid
menegaskan pihaknya akan menambah bantuan untuk Palestin dan menyatakan pujiannya kepada kerajaan perpaduan nasional Palestin. Dia menyatakan harapan agar perbaikan keadaan setelah pembentukan pemerintahan ini.

Menanggapi keengganan pihak Zionis Israel untuk bekerjasama dengan kerajaan Palestin, Karin Abu Zeid mengatakan, ?Sikap tercela Israel adalah tidak mahu bekerjasama dengan pemerintah baru Palestin. Dia menegaskan bahwa UNRWA akan terus
melakukan hubungan dengan pemerintah berkaitan dengan isu kemanusiaan.

Karin Abu Zeid menjelaskan bahawa para pelarian Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza banyak mengalami penderitaan disebabkan oleh penjajah Zionis Israel,sehingga berada di bawah garis kemiskinan. Beliau mengisyaratkan bahawa para
pelarian Palestin di Jordan dan Syria mengalami penderitaan hidup yang sangat buruk akibat meningkatnya keperluan hidup. Begitu juga pelarian Palestin di Lubnan. Walaupun pemerintah Lubnan sudah melonggarkan peraturan yang mengekang mereka,namun masih ramai lagi menderita akibat kemiskinan dan pengangguran.

Isnin (19/03), UNRWA mendapatkan sumbangan dana dari kerajaan Jepun untuk mendukung program bantuan yang diberikan UNRWA kepada para pelarian Palestin. Jumlah sumbangan ini mencapai Yen 0.5billion atau kira-kira USD4.3 juta dolar.

Dalam ucapannya ketika menerima sumbangan, Karin Abu Zeid mengatakan “Sesungguhnya para pelarian Palestin hari ini sangat memerlukan tambahan dukungan masyarakat antarabangsa dibandingkan dari sebelumnya. Kami menghargai bantuan Jepun yang terus menerus keapda UNRWA.”

Beliau menambah, ?Bantuan pemerintah Jepun mengikut anggaran UNRWA selama setahun yang lalu mencapai USD13.4 juta. Sementara jumlah bantuan yang diberikan Tokyo kepada UNRWA sejak meletus intifadhah al Aqsa tahun 2000 mencapai USD 102 juta
Jumlah bantuan Jepun kepada UNRWA sejak tahun 1953 mencapai USD529 juta.” Karin Abu Zeid menegaskan pentingnya program-program bantuan yang harus diberikan UNRWA. Dia menegaskan bahawa apa yang dilakukan penjajah Zionis Israel seperti penutupan jalan-jalan dan sekatan yang berkelanjutan menjadi hambatan besar
pergerakan barang dan pengangkutan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.