Kem Pelarian Nablus Diserang Rejim Zionis Semalam.


Jumaat, 23/03/07 –

Sejumlah besar askar rejim Zionis lengkap dengan kenderaan tentera melakukan serangan di bandar Nablus dan Balata berdekatan dengan kem pelarian pada waktu subuh Khamis di tengah-tengah intensif tembakan senapang tentera, menurut sumber Palestin yang telah disahkan.

Berdasarkan sumber tersebut, askar-askar rejim Zionistelah melalui sebilangan bandar bersebelahan dan menggeledah beberapa rumah penduduk Palestin secara mengejut sebelum mereka kembali ke berek askar.Bagaimanapun, serangan tersebut bukanlah tugas mudah kerana pejuang-pejuang Palestin bertempur penyerang-penyerang dengan menggunakan senapang. Sumber tentera Israel mengaku membakar pejuang-pejuang Palestin di bandar itu tetapi mendakwa tiada kecederaan berlaku di pihak rejim Zionis.

Di bandar Tobas, utara Tebing Barat saksi-saksi mengesahkan askar-askar rejim Zionis telah melakukan latihan ketenteraan intensif di kawasan sebelah timur bandar tersebut.Menurut saksi-saksi, berpuluh-puluh askar Israel telah diatur kedudukan mereka di sekeliling kawasan tapak latihan dan mengisytiharkannya sebagai zon tentera tertutup.Beberapa hari lalu, askar-askar rejim Zionis telah menyertai tentera Amerika Syarikat untuk menjalankan latihan ketenteraan yang merupakan latihan terbesar sepanjang sejarah Israel dan menggap latihan tersebut bermaksud untuk menyokong keupayaan pertahanan Israel.Di bandar Ramallah, remaja-remaja Palestin melontar batu dan bom Molotov ke arah van Israel yang membawa peneroka-peneroka berhampiran Israel Elie di utara bandar tersebut.

Sebilangan warga Palestin telah dilanggar dengan sengaja oleh pemandu van di sepanjang jalan tersebut. Sumber-sumber tentera Israel mengakui mengenai serangan itu tetapi mendakwa tiada kecederaan di kalangan peneroka-peneroka terbabit.Dalam pada itu, Briged Berani Mati Aqsa sayap bersenjata kumpulan Fatah memberi amaran bahawa mereka telah hilang sabar terhadap rejim Zionis yang tidak henti-henti menyerang penduduk dan membunuh aktivis-aktivis Palestin. “Kita telah mematuhi gencatan senjata atas permintaan pimpinan Palestin tetapi jika musuh berterusan mencabuli gencatan senjata, kita tidak akan terikat dengannya lagi dan kita akan mengerah balik ketua-ketua mereka (Israel) ke meja rundingan”, kata Ramadan Al Adasi, salah seorang pemimpin kumpulan di bandar Nablus.

Beliau juga menuduh bahawa askar-askar rejim Zionis mengeksploitasi gencatan senjata yang berat sebelah ini dengan melakukan lebih banyak jenayah terhadap orang awam Palestin.