
Jumaat, 23/03/07 –
Tomy Labed, mantan ketua parti sekular Israel “Sinawi” menyeru pembunuhan warga Palestin sebelum meletus Intifadaha ketiga kerana Palestin mempunyai persenjataan yang besar, paling terlatih dan paling sistematik.
Labed mengingatkan jangan sampai Israel mengalami lagi kekalahan sebagaimana kekalahan mereka dengan Hizbullah Lubnan. Oleh sebab itu Israel harus membunuh semua anggota Hamas kerana mereka masih kecil.
Labed menjawab soalan dalam sebuah artikel media Israel; ?apakah kita akan memerangi Gaza dan kita bertanggungjawab atas 1 juta rakyat Palestin yang menganggur dalam keadaan lapar?? ?Apakah kita (Israel) menyerang Gaza mencari di setiap kedai mencari roket-roket Al-Qassam?? ?Apakah kita akan membongkar setiap kuburan di setiap rumah
untuk memperoleh senjata?? ?Apakah kita akan menggali di setiap bawah jalan Shalahuddin untuk menjadikannya terowong bawah tanah?? kita sudah di sana, kita cari, tangkap dan bunuh pada masa yang sama kami juga mencari bangkai-bangkai
tentera kami, apa gunanya semua itu?? tegas media-media Israel itu.
Labed menegaskan, kami sudah mengingatkan kepada pihak Palestin dan kami akan ulang
peringatan ini juga kepada pihak antarabangsa bahawa jika pemerintah Hamas memulakan
Intifadah baru maka kami akan balas dengan kekuatan yang lebih besar. Bukan hanya
dengan perang tetapi kami akan putuskan elektrik dan pemulauan penuh sehingga mereka memahami.Tidak dapat dipastikan sama ada pendekatan ini membawa manfaat yang besar. Namun apa yang pasti memerangi Gaza akan mengundang bahaya, tegas Labed.