
Selasa, 25-08-2015 – Persatuan Pegawai Badan Bantuan dan Pemberdayaan PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) menyeru tindakan demonstrasi untuk semua kakitangan UNRWA di Semenanjung Gaza, Isnin (24/8), sebagai penolakan atas pembuangan pekerja dan tindakan yang sengaja diambil oleh pengurusan UNRWA baru-baru ini.
Pertubuhan Pegawai UNRWA dalam pernyataannya mengatakan, “Agar pengurusan UNRWA mendengar kata-kata kami dan untuk menunjukkan kepada mereka bahawa kami akan melindungi hak-hak kami. Kami tidak akan melepaskan tuntutan kami dalam menolak pembuangan pekerja, terutama kerana profil sekolah baru dan keputusan sewenang-wenang yang memaksa kakitangan tanpa gaji.”
Dalam pernyataannya, Persatuan Pegawai UNRWA menyatakan bahawa tindakan ini akan diikuti oleh 13 ribu kakitangan. Mereka akan berkumpul di pejabat PBB di Gaza.
sumber : COMES
penterjemah : Osman