
Selasa, 25-08-2015 – Gerakan Islam Hamas, berkata yang seruan Organisasi Pembebasan Palestin (PLO) untuk mewujudkan Majlis Kebangsaan bagi pembaharuan jawatankuasa eksekutif membuktikan penerusan proses membuat keputusan yang berat sebelah.
Dalam kenyataannya pada Ahad, jurucakap Hamas Sami Abu Zhuri, berkata mesyuarat Majlis Kebangsaan merupakan langkah pencegahan untuk menghentikan sebarang usaha sebenar bagi menyusun semula PLO. Ia melambangkan penarikan diri daripada perjanjian rundingan serta mengekalkan perpecahan dalaman selari dengan polisi Netanyahu.
Abu Zuhri berkata, gerakannya sedang mengkaji pilihan-pilihan berkaitan proses membuat keputusan yang berat sebelah dan melanggar perjanjian kebangsaan itu.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati