
Rabu, 02-09-2015 – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Jenin menyampaikan maklumat tentang penyoalsiasat menderanya dalam penjara Israel.
Tahanan Ali Atyani memberitahu peguamnya ketika sesi lawatan yang beliau digari tangan dan kaki apabila seorang penyoalsiasat Israel meletakkan kaki ke atas bahunya dan mula memaki-maki serta mengugut akan memusnahkan rumahnya dan menahan saudara lelakinya.
Atyani menyatakan beliau menderita pelbagai masalah kesihatan antaranya pada dada, kesukaran bernafas, sakit kepala berpanjangan dan sinus. Namun begitu, tiada rawatan diberikan kepadanya.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati