Mufti Al-Quds Ajak Kaum Muslimin Beramai-ramai Solat Di Al-Aqsa


Selasa, 27/03/07 –

Mufti Al-Quds, Syaikh Muhammad Hussein mengajak penduduk kota Al-Quds yang terjajah dan sesiapa saja yang mampu datang ke al-Quds untuk segera mengunjungi al-Aqsa setiap waktu solat dan bukan di waktu solat Jumaat sahaja.

Dalam surat keteranganya yang disiarkan oleh pusat info Palestina Ahad (25/3), Syeikh Hussein mengingatkan, apabila kita jauh dari Al-Aqsa sama dengan membiarkan masjid tersebut menjadi santapan Yahudi untuk merealisasikan rencana menguasai al-Aqsa. Beliau mengharapkan semua umat Islam memakmurkan masjid secara roh dan
fizikal.

Bagi sesiapa sahaja yang tinggal berdekatan dengan Al-Aqsa dan wilayah sekitarnya, hendaklah sedaya upaya melakukan solat di dalam masjid Al-Aqsa dan jangan cukup sekadar bersolat di masji-masjid berdekatan. Terutama kerana pahala yang dijanjikan
Allah SWT kepada sesiapa yang solat di masjid Al-Aqsa akan dilipatgandakan. Ini juga kerana semakin meningkatnya penodaan Yahudi terhadap masjid Mubarak ini.

Terakhir mereka merancang membangunkan biara khusus di dalam masjid dengan meminta
bantuan kepada Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert dan juga kepada pihak polis untuk mendapatkan kawalan ketat terhadap tindakan mereka atas nama Dewan Syariah Yahudi El-Sendren.