Resheq: Kedudukan Hamas adalah dalam harmoni dengan semua negara Arab.


Selasa, 27/03/07 –

Ezzet Al Resheq, ahli biro politikal Pergerakan Hamas, pada hari Isnin menyatakan bahawa kedudukan pergerakan Hamas berada dalam harmoni dengan kedudukan kesemua negara Arab.

Resheq, dalam satu kenyataan kepada Media Quds, berkata Hamas akan selalu melaksanakan arahan yang selari dengan negara Arab.
Dia menjelaskan yang pemimpin Hamas, Khaled Mishaal akan melawat Riyadh, kurang daripada seminggu di ibu kota Saudi.

Pemimpin Hamas mengesahkan perbincangan Mishaal dengan pegawai Saudi bertujuan untuk memelihara perundingan sebelum sidang kemuncak Arab yang dijadualkan akan dibuat selepas dua hari di Riyadh.

Dia berkata segala persediaan untuk sidang kemuncak akan dipertimbang semula terutama mengenai hal Palestin.
Resheq menyangkal lawatan Mishaal ke Riyadh adalah tindakbalas kepada orang Amerika atau tekanan-tekanan Saudi, menambah bahawa tiada tekanan seperti itu atas Hamas.

Dia menambah yang perjanjian Makkah akan dicapai di bawah naungan Saudi, dan menyatakan bahawa Hamas akan mematuhi segala bentuk arahan supaya perjanjian berjaya dilengkapkan sebelum pembentukan sebuah kerajaan perpaduan Palestin.