Categories
Berita Semasa

Testimoni bukti penyeksaan tahanan bawah umur di penjara Israel

Jumaat, 04-09-2015 – Jawatankuasa tahanan dan bekas tahanan Palestin di penjara Israel pada hari Isnin kelmarin, mengemukakan laporan berbentuk testimoni yang membuktikan berlakunya penderaan ke atas tahanan bawah umur di penjara Megiddo, Israel di mana penderaan dan serangan ke atas tahan secara jelas boleh dianggap sebagai mencabuli prinsip-prinsip hak asasi kemanusiaan dan undangan-undangan antarabangsa

Peguam yang mewakili Jawatankuasa tersebut, Heba Mesalha yang melawat penjara Megiddo pada hari Ahad kelmarin, telah mengemukakan 3 testimoni menceritakan penyeksaan dan penderaan yang berlaku di penjara tersebut.

Testimoni pertama dari Ahmad Abu Omar, 17 tahun, dari Nablus yang ditahan di pusat tahanan Howarah, sejak 2 bulan lalu menyatakan bahawa beberapa anggota tentera rejim Israel memukul seluruh tubuh badannya. Sebelum dipukul, matanya ditutup dan kepalanya dibungkus. Mereka memukul kepala dan bahaunya dengan senapang sebelum memindahkannya ke penempatan Ariel dan akhirnya menahannya di situ. ”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali