
Jumaat, 11-09-2015 – Hari ini Ahad menandakan ulangtahun pertama tragedy kemalangan bot yang membawa sejumlah 400 orang pelarian Palestin, kebanyakkannya dari Gaza di perairan Iskandariah Mesir menuju ke Eropah. Bot tersebut ditenggelamkan dengan sengaja oleh sekumpulan penyeludup.
Insiden tragik itu bukan sahaja tidak menerima perhatian antarabangsa malah tidak mendapat perhatian tempatan dan makluman jenayah serta nasib 400 orang pelarian itu masih menjadi misteri yang tidak terungkai.
Cuma 8 orang terselamat daripada 450 orang yang cuba mencari kehidupan lebih baik itu. Bot tersebut dikatakan dilanggar oleh bot al-Haj Rezq sebanyak 3 kali, demikian menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pemerhati Euro-Mediterranean.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati