Categories
Berita Semasa

Tebing Barat Lancarkan Kempen Media Untuk Menyokong Pertempuran

Jumaat, 11-09-2015 – Para Aktivis dan penyokong perlawanan Palestin di Tebing Barat hari Isnin lalu, (7/9) akan melancarkan kempen media dengan tema “Muqawimun wa Sanabqa”(bermaksud, kita melawan maka kita akan menang). Kempen ini bertujuan untuk mendokong perjuangan orang-orang Palestin di Tebing Barat serta mendukung pilihan perlawanan yang terus meningkat di kota-kota, taman-taman, dan kem-kem di Tebing Barat, melawan penjajah Zionis dan sekutu-sekutunya.

Tujuan dari aksi yang akan berlangsung dari Jumaat(11/9) ini adalah untuk menyoroti aksi-aksi pertempuran rakyat di Tebing Barat dan fokus pada kejahatan rombakan keamanan Autoriti Palestin dan pasukan penjajah Zionis, serta impak kerosakan yang ditimbulkan oleh rombakan keamanan terhadap isu Palestin dan manusia.

Kempen ini akan menyampaikan informasi tentang aksi-aksi perlawanan paling penting di tebing barat, perarakan dan tawanan melalui informasi dan laporan-laporan media serta gambar-gambar bercorak ekspresif, lukisan-lukisan dan poster tentang para syuhada dan tawanan. Kempen ini juga akan menampilkan lukisan-lukisan yang melingkungi ketakutan para pemimpin penjajah Zionis akibat berkembangnya aksi-aksi pertempuran di Tebing Barat.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad