
Jumaat, 11-09-2015 – Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) meletakkan sepenuh usaha untuk memerangi tahanan Palestin. Ia menggunakan segala cara yang tidak berperikemanusiaan untuk meningkatkan penderitaan fizikal dan psikologi mereka, dan yang paling menonjol, peranti jamming dimana IPS telah memasangnya di dalam bilik tahanan dan berhampiran dengan katil mereka.
Para tahanan Palestin yang ditahan di penjara Ofer mengadu bahawa peranti itu telah menyebabkan masalah kesihatan selepas IPS memasang peranti itu di hampir semua bahagian penjara itu sebagai sebahagian daripada dasar hukuman kolektif Israel atas alasan bahawa tahanan memanggil keluarga mereka dari dalam penjara, mengikut Pejabat Media Banduan.
Tawanan mengesahkan bahawa peralatan itu memancarkan radiasi yang membawa kepada masalah kesihatan yang serius termasuk sakit kepala yang teruk, insomnia, degupan jantung yang cepat, di samping masalah pendengaran. Radiasi mengancam hidup tahanan terutama mereka yang menghabiskan masa bertahun lamanya dalam penjara.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada