Haneyya Bertemu Menteri Luar Norway di Riyadh.


Khamis, 29/03/07 –
Perdana PA, Ismail Haneyya telah bertemu dengan Menteri Luar Norway , Jonas Gahr Støre pada hari Rabu (28/03/07)di sidang kemuncak Arab di ibu negara Riyadh, dan membincangkan isu-isu mutual yang membimbangkan.Semasa mesyuarat, Haneyya berterima kasih kepada sokongan menteri-menteri kerajaan perpaduan PA serta keputusan yang berani untuk membatalkan pengepungan tidak adil terhadap penduduk Palestin.

Støre, bagi pihak negaranya, menyokong penuh kerajaan perpaduan dan hak mutlak rakyat Palestin , dab mendesak lain-lain negara EU membatal embargo dan menjalinkan hubungan dengan kerajaan perpaduan Palestin ini.

Sepuluh hari lalu, Haneyya telah menerima kunjungan Setiausaha Hal Ehwal Luar Norway di Gaza. Ia merupakan lawatan sulung seorang diplomat Eropah untuk sejak Hamas memenangi tahun lepas pilihan raya perundangan. Amerika Syarikat mengetuai usaha menyekat ekonomi penduduk Palestin dalam usaha bagi menggulingkan secara demokrasi kerajaan dipimpin oleh Hamas tetapi penduduk Palestin bersatu di belakang kerajaan mereka malah Hamas memperolehi sokongan lebih popular.

Haneyya menyatakan optimistik sidang kemuncak Arab akan membuahkan sokongan padu dalam menangani isu penduduk Palestin dan akan membatalkan sekatan ekonomi terhadap penduduk Palestin.