
Rabu, 28/03/07 –
Dr. Mousa Abu Marzouk, Timbalan Pengerusi Biro Politik Hamas , pada hari Selasa (28/03/07) menekankan bahawa pergerakannya disokong oleh mana-mana konsensus Arab tentang hak penduduk Palestin. Dia ternyata optimistik terhadap sidang kemuncak Riyadh akan mengamalkan langkah-langkah praktikal untuk memecahkan “ketidakadilan” pengepungan terhadap penduduk Palestin. Abu Marzouk, dalam satu kenyataan berkata Palestin adalah “persoalan utama” Arab dan demikian mereka perlu memikul tanggungjawab mereka dalam hal ini.
Dia menyeru pemimpin-pemimpin Arab untuk berpegang perjanjian-perjanjian mereka untuk bersuara semasa kemuncak Khartoum tahun lepas dan menyarankan mereka untuk mendesak negara-negara Eropah untuk mencabut pengepungan “tidak beretika dan kejam” terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.
Pemimpin Hams berkata sidang kemuncak Arab juga perlu mencari satu penyelesaian yang segera untuk masalah pelarian-pelarian penduduk Palestin di Iraq, yang sering menjadi sasaran pembunuhan setiap hari, penculikan dan penyeksaan. Abu Marzouk menyeru negara-negara Arab untuk melepaskan dasar konsesi bebas yang hanya menyebabkan “malapetaka” untuk orang-orang di rantau ini.