Israel Tolak Soal Hak Kembali Rakyat Palestin.


Jumaat, 30/03/07 –
Pemerintah penjajah Israel secara rasmi menolak tawaran prakarsa(inisiatif) Arab setelah berakhirnya Sidang kemuncak Liga Arab di Riyadh dimana pemimpin Arab sepakat mengetengahkan semula isu hak kembali rakyat Palestin.

Pernyataan ini disampaikan oleh sumber-sumber politik rasmi Israel melalui media massa pagi ini, Khamis (29/03). Menurut sumber itu, Israel tidak mungkin menerima prakarsa Arab dengan rumusan sekarang terutama berkenaan isu hak kembali rakyat
Palestin ke tanah air mereka.

Simon Perez, wakil ketua PM Israel mengkritik Sidang Kemuncak Liga Arab. Katanya, mereka tidak mungkin memaksa Israel dengan syarat-syarat yang mereka tawarkan. Namun beliau menyatakan, inisiatif itu mungkin hanya menjadi titik tolak perundingan saja.

Sebelumnya, Tsebi Hanegbi, Ketua Dewan Urusan Luar Negeri dan Keamanan di parlimen Israel telah menegaskan setelah Sidang Kemuncak Liga Arab ditutup manyatakan bahawa Israel mungkin menyetujui inisiatif Arab itu sebagai taktik namun menolak pada hakikatnya terutama berkenaan hak kembali pelarian Palestin dan isu pengunduran
Israel dari wilayah jajahan tahun 1967.

One reply on “Israel Tolak Soal Hak Kembali Rakyat Palestin.”

Comments are closed.