Awad : Perlu Mendapat Persetujuan Haniyya.


Isnin, 02/04/07 –

Dr. Mohammed Awad selaku Setiausaha Majlis Menteri-menteri Palestin Ahad lepas telah memberitahu bahawa semua mesyuarat luar yang dijalankan oleh ahli kabinet perlu mendapat persetujuan daripada Perdana Haneyya Ismael. Dia juga menggariskan mesyuarat-mesyuarat perlu berdasarkan platform politik kerajaan perpaduan Palestin dengan matlamat untuk menjelaskan pendirian Palestin terhadap semua pihak berkaitan dengan isu penduduk Palestin.

Pengesahan Awad nampaknya dibuat disebabkan keputusan EU yang mengadakan perbincangan “terpilih” dengan menteri-menteri Palestin serta mendesak masyarakat antarabangsa untuk tidak berhubung secara terpilih dengan kerajaan perpaduan Palestin. “Menteri-menteri Palestin bekerja dalam satu pasukan dan bersatu menghadapi konfrantasi akibat tekanan luar.Kami semua bekerjasama untuk menjelaskan pendirian Palestin dan menerangkan penderitaan penduduk Palestin hasil dari pengepungan tidak adil dan menguntungkan ini”, tambah Awad.Mengenai komen beliau tentang kenyataan Haneyya bahawa kerajaan Palestin akan menilai semula pendiriannya jika sekatan ekonomi tidak berakhir dalam tempoh 2-3 bulan, Awad menyatakan, “Sebahagian keputusan adalah berdasarkan kepada eksperimen kerajaan dalam perkara ini”.

Mahmoud Al-Zahhar mengesahkan kerajaan perpaduan Palestin akan tidak berjaya sekiranyanya diuruskan “secara terpilih”.“Mereka tidak mahu melihat mana-mana ahli Hamas dalam kerajaan Palestin dan ini adalah yang telah kita perjuangkan sebelum ini” sebut Zahhar yang merupakan bekas menteri hal ehwal luar negeri Palestin.Dalam desakan supaya ahli-ahli kabinet Palestin bekerja sebagai satu pasukan, Zahhar menegur, “Jika setiap menteri Palestin bekerja untuk kejayaan jabatannya dengan perbelanjaan kementerian lain, kerajaan perpaduan Palestin pasti akan menemui kegagalan”.

Dia juga menyatakan matlamat utama pembentukan kerajaan perpaduan Palestin untuk memecahkan sekatan ekonomi masih tidak menjadi kenyataan setakat ini walaupun kerajaan perpaduan Palestin kini mempunyai puak-puak Palestin yang berlainan parti selain Hamas.“Masyarakat antarabangsa tidak ikhlas dalam mencari satu penyelesaian adil yang boleh diterima semua pihak ” tuduh Zahhar.Beliau sekali lagi mengulangi kata-kata beliau beberapa hari lalu bahawa platform kerajaan perpaduan Palestin adalah berbeza dengan Pergerakan Hamas.