Categories
Berita Semasa

Remaja meninggal akibat cedera yang disebabkan oleh tembakan Rejim Zionis

Rabu, 30-09-2015 – Sumber media Palestin berkata pada Selasa, Hadeel Hashlamoun, 18, meninggal akibat cedera disebabkan tembakan tentera rejim Israel pada abdomennya dan membiarkan beliau berdarah di al-Khalil.

Hadeel telah meminta agar diperiksa oleh tentera wanita ataupun dihantar pulang, tetapi telah ditembak berulang kali oleh tentera, demikian menurut saksi mata.

“Anda boleh melihat dia sedang bercakap dengan tentera pada satu ketika dan seketika kemudian dia jatuh ke tanah setelah ditembak,” kata seorang yang lalu di situ. Hadeel dibiarkan cedera berdarah di tanah selama 30 minit oleh tentera rejim di pos pemeriksaan, sumber tersebut menambah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati