
Rabu, 30-09-2015 – Pertempuran meletus antara pemuda Palestin dan tentera regim Zionis Israel (IOF) untuk hari kedua berturut-turut di bandar Beit Ummar di utara al- Khalil.
Jurucakap Jawatankuasa Popular berkenaan Penempatan, Mohammad Awad berkata , dalam satu kenyataan , beberapa pemuda Palestin tercekik akibat gas pemedih mata dalam pertempuran dengan tentera Israel di pintu masuk bandar. Beliau menegaskan bahawa tentera IOF sengaja melepaskan tembakan gas pemedih mata secara terus kepada pelajar sekolah.
Beliau menegaskan bahawa pertempuran telah berlangsung selama dua hari setakat ini sebagai protes terhadap serangan berulang Israel ke dalam Masjid suci Aqsa.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada