
Rabu, 30-09-2015 – Biro Aturan Urusan Kemanusiaan PBB di Wilayah Palestin (OCHA) memperingatkan akan bahaya perintah tentera Zionis dan keputusan penghancuran terhadap rumah-rumah Palestin di Zon C (secara pentadbiran dan ketenteraan di bawah Zionis) di Tepi Barat.
Dalam laporan yang dikeluarkan pada hari Selasa (22/9) dengan tajuk “Di Bawah Ancaman: Perintah Penghancuran di Zon C di Tepi Barat”, OCHA mengatakan bahawa kenyataan rasmi dari penguasa penjajah Zionis mengatakan bahawa di sana ada lebih 11 ribu perintah untuk menghancurkan lebih dari 13 ribu bangunan Palestin, termasuk di antaranya rumah-rumah warga Palestin, di Zon C Tepi Barat.
Menurut perjanjian Oslo, Zon C adalah Wilayah dari sekitar 60 peratus dari keseluruhan wilayah Tepi Barat. Israel telah menguasainya hampir penuh. Di sana merangkumi kesenangan keamanan yang berkaitan dengan hak milik tanah dan penggunaannya. Termasuk juga di dalamnya, penempatan tanah, perancangan, pembangunan dan juga infrastruktur.
sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad