Rejim Zionis Memukul Pemandu Ambulan.


Selasa, 03/04/07 –Persatuan bantuan perubatan Palestin Isnin ini (2/4/07) mengecam askar-askar rejim Zionis yang menahan Fida Subuh, seorang pemandu ambulans ketika membawa satu pasukan perubatan untuk bekerja di sebuah kampung dalam daerah Jenin.Dalam kenyataan itu, Persatuan itu memberitahu askar rejim Zionis memintas ambulansnya di satu simpang, memaksa pemandu itu keluar dan terus memukulnya. Subuh telah cedera di kepala dan mukanya akibat dari serangan tersebut, kenyataan tersebut menambah.


Jurucakap persatuan berkata serangan askar-askar rejim Zionis terhadap pasukan perubatan yang dalam perjalanan untuk menganjurkan hari perubatan percuma di kampung Jenin merupakan satu pencabulan terang-terangan terhadap norma-norma antarabangsa.Dia menuduh bahawa serangan angkatan tentera adalah amalan “sembrono dan kejam” terhadap rakyat Palestin. Beliau menyatakan bahawa serangan tersebut bukanlah yang pertama seumpamanya dilakukan oleh angkatan tentera itu terhadap pasukan-pasukan perubatan Palestin sehingga beberapa doktor dan anggota paramedik mereka didapati telah terbunuh.