Categories
Berita Semasa

4 warga Palestin dibunuh, hampir 500 orang cedera dalam masa 3 hari.

Khamis, 08-10-2015 – Empat pemuda Palestin telah dibunuh oleh tembakan Israel dalam tempoh 3 hari manakala hampir 500 yang lain cedera dalam pertelingkahan dengan tentera dan pendatang Israel di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis sejak Sabtu, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin menyatakan pada Isnin.

Sekurang-kurangnya 41 orang rakyat Palestin telah cedera pada Isnin dalam pertelingkahan, dan jumlah yang cedera meningkat kepada 499 orang dalam masa 3 hari. Pada Isnin, 5 warga Palestin telah ditembak dengan peluru hidup manakala 5 lagi cedera akibat peluru besi bersalut getah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati