Categories
Berita Semasa

Kecederaan Baru dilaporkan dalam Pertempuran di Bethlehem, OJ

Khamis, 08-10-2015 – Tentera Israel menembak sekurang-kurangnya empat belia Palestin dengan peluru hidup semasa pertempuran yang berlaku di pintu masuk utara ke Betlehem di Tebing Barat yang dijajah.

Pertempuran tercetus apabila berpuluh-puluh belia Palestin berdemo sebagai protes terhadap pembunuhan kanak-kanak berusia 13 tahun Abdulrahman Mustafa oleh penembak curi Israel di pintu masuk ke kem pelarian Aida Isnin petang.

Empat penunjuk perasaan ditembak dan cedera di kaki mereka dengan peluru hidup semasa pertempuran, manakala seorang lagi lelaki muda ditembak di kepalanya oleh peluru getah. Berpuluh-puluh yang lain mengalami masalah sedutan gas pemedih mata.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen