
Khamis, 08-10-2015 – Pertempuran ganas telah tercetus di Jenin dan al-Khalil pada Subuh hari Isnin, yang menyebabkan berpuluh-puluh belia Palestin sesak nafas akibat gas pemedih mata.
Di Jenin, tentera Israel menyerbu Yabad, Romana, dan bandar-bandar Bartaa dan melepaskan bom gas pemedih mata.
Belia tempatan bertindak balas dengan membaling batu dan bunga api, memaksa tentera menyerang untuk menarik diri daripada bandar-bandar mereka.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : fauzan