Categories
Berita Semasa

Israel terus menyekat al -Aqsa, pendatang Yahudi menyerbu plaza itu

Khamis, 08-10-2015 – Tentera Israel terus untuk hari kedua menutup Kota Lama Baitulmuqaddis dan Masjid al -Aqsa. Mereka menghalang semua penduduk Baitulmuqaddis di bawah umur 50 tahun dari memasuki kedua-dua tempat suci itu.

Tentera Israel dikerahkan membuat halangan di pelbagai daerah di Kota Lama. Kesemua pintu-pintu Masjid al -Aqsa ditutup melainkan 3 sahaja. Selain itu, seorang rakyat Palestin yang datang untuk beribadah ditangkap dari dalam masjid itu.

Kira-kira 20 pendatang Yahudi memecah masuk ke plaza Masjid al -Aqsa dari pintu Maghareba di bawah langkah-langkah keselamatan ketat tentera Israel. Muslim Palestin melaungkan “Allahu Akbar” sebagai tindak balas kepada serangan peneroka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada