
Selasa, 13-10-2015 – Gerakan Islam Hamas, menyeru warga Palestin agar meneruskan perjuangan dan menyokong kebangkitan untuk menghadapi jenayah rejim Israel.
Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata dalam kenyataannya pada Rabu yang kempen besar-besaran untuk menangkap rakyat Palestin di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis pada subuh Rabu membuktikan hasrat Israel untuk meningkatkan penentangan ke atas rakyat Palestin.
Satu kebangkitan popular telah berlaku di pelbagai lokasi di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis untuk menentang rejim Israel. Beberapa operasi penentangan telah dijalankan oleh rakyat Palestin sebagai protes ke atas tindakan kejam Israel terhadap rakyat Palestin dan tempat suci mereka.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati